Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

Punca dan Rawatan Buasir

Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia.


Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan salurandarah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.


Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari.

Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).




Bagaimana Buasir Terjadi

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan 
sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


Jumpa Doktor Segera


Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.

Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca Buasir

* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.


Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.


Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. 
Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.
Krim/Salap

Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.



Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitifkulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama.
Daflon

Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.
Ligasi Pita Getah

Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.
Hemorhoidektomi

Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.



Pembedahan eksisi

Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.
Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler)

Lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketiga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan.

Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.


P/S : Sama2 lah kita menjaga kesihatan dan hidup dalam keadaan yang sihat

Jumaat, 3 Jun 2011

gelagat anak2 sedara...

assalammualaikum dan selamat petang

entry farah kali ini tentang gelagat anak2 sedara
yang semakin membesar...semakin banyak ragam
nama anak sedara aiman dan qaseh
yang si abang ni suka pukul dan si adik pula
suka nak ikut orang pi mana saja mandi ka makan ka 
orang makan apa semua dia nak...
macam2 gelagat mereka memang best la
kalau mereka ada kalau xdak rasa sunyi ja 
rumah ni....

Khamis, 2 Jun 2011

kisah di tempat keja...

arini farah sangat sakit aty keja ngan sesorang dah la buat keja lambat kalau menyembang xingat nak buat keja  memang sakit aty gila keja xpenah naik tagget.....  
orang lain semua naik tagget kadang2 rasa macam xmau keja tapi disebabkan nak cari duit kena teruskan juga
dah la keja teruk gaji pula sikit tapi farah bersyukur dapat cari rezeki yang halal .....
harap2 dia berubah la nak tegur xboleh orang tua...nanti orang kata xhormat pula kadang2 geram kata juga....
orang lain pulun buat keja dia pula duk pulun menyembang sakit aty gila.....kalau adik farah memang dah kena...
smpai disini saja farah dapat cter nanti farah sambung cter lagi bye.... 

Rabu, 1 Jun 2011

Terima Kasih

Assalamualaikum


Hari ini merupakan hari pertama farah buat blog ini disebabkan adik pun ada blog juga jadi farah pun tidak terkecuali nak buat juga blog ini. Walaupun blog ini simple dan biasa saja tapi farah berpuas hati. Mesti ada yang dah kenal dengan adik farah ni miss anis dia ni aktif juga berblog dia lah yang tolong farah apa yang patut dan juga  sepupu farah iaitu yati dia juga lah yang mengajar farah cara2 nak membuatnya tanpa diorang memang farah tak tahu lah nak buat...


TERIMA KASIH